Thursday, January 10, 2013

tenang

Setelah melalui berbagai rintangan didalam melaksanakan tugas,sehingga setakat ini insyaallah segalanya dipermudahkan oleh ALLAH SWT.
Menjadikan hidup ini lebih beerti dan bertambah kuat untuk meneruskan perjuangan yang tersirat dan yang dinyatakan.
Tugasan yang diberi amatlah mencabar tetapi bila segala-galanya diusahakan seterusnya diserahkan pada ALLAH,hidup lebih tenang.
Syukur kerana hari-hari kita masih bernafas dan dapat menikmati kehidupan dengan kasih sayang serta kita mencintai menyayangi dan disayangi dan dicintai.
Mengharapkan keajaiban untuk disukai oleh semua taakan lah ada..tetapi biarlah kita cuba sentiasa bersangka baik kepada manusia.
Melihat banyak sahabat-sahabat pemimpin yang menghadapi berbagai dugaan insafkan diri sendiri bahawasanya kalau kita bermasalah fikirlah bahawa ada banyakkkk lagi orang bermasalah dari kita.

Mari kita pohonkan doa kita kepada ALLAH untuk diri kita,keluarga,sahabat,muslim dan muslimat agar diberikan kesejahteraan dunia dan akhirat...insyaallah AMIN

salam