Thursday, October 18, 2012

fitnah...

assalam teman-teman..muga dirahmati Allah

Allahumma inni a'uzubika min fitnatil mahya wal mamat" Ya Allah ,aku berlindung padamu dari fitnah hidup dan mati..

harini fitnah berleluasa sehingga media dan mulut yang sepatutnya melemparkan senyuman manis dan digunakan untuk masukkan makanan yang halal dalam badan,dijadi kan tempat menyebarkan fitnah dan pertimbangan manusia menjadi buta bila hati dan fikiran dibutakan dari menyokong kebenaran.Sedih melihat kegawatan sikap sesetengah manusia yang langsung tidak mahu mendengarkan kebenaran ditutupkan hati dan perasaannya dan pertimbangan menjadi seperti dinaungi syaitan..dan akhirnya timbul fitnah..

hariini berjanjilah pada diri sendiri bahawasanya jadilah manusia yang disayangi dan disukai  dan cuba berlaku adil serta jujur dan ikhlas setinggi-tingginya..serta merendah diri bahawasanya kalau kita ditempat yang tinggi jangan lupa ada yang duduk disinggahsana yang lebih tinggi yang melihat,mendengar segala-galanya yaitu Al Malik Al Qudus ,janganlah kita menjadi manusia yang dibenci..dan tidak diredhai..kerana kita hanya manusia dan nyawa kita ini hanyalah pinjaman semata-mata...biarlah bila nyawa meninggalkan kita ianya berbau harum bak kasturi bukan busuk seperti bangkai..nauzubillahiminzalik...

try to be good every second and every day..muga Allah memberikan hidayah dan kasih sayangnya agar hidup lebih tersusun bermakna and penuh iman...dan kita mati dalam iman serta dimudahkan dan biarlah kubur kita luas dan bercahaya..dan anak-anak yang soleh dan solehah mendoakan kita..amin ya Allah..

selamat berhujung minggu..

Monday, October 15, 2012

jujur

Kepercayaan adalah sesuatu perkataan yang perlu mempunyai erti yang jujur.Mengapa kita beri kepercayaan kerana kita merasakan yang diberikan kepercayaan mestilah berupaya untuk meraih kepercayaan tersebut.bila kepercayaan gugur maka ia menjadi tidak jujur.

Hilang kepercayaan dan untuk meraih kepercayaan semula adalah amat berat bagi yang memberikan kepercayaan.Semalam bertemu dengan seorang nyonya tionghua beliau berkata kepercayaan yang suci meraihkan kasih sayang yang abadi..sehinggakan beliau percaya roh suaminya masih berada menjenguk dan menjaganya..so romantis..is it true..banyaknya makrifat Allah yang kita tidak tahu..Akhirnya kita percaya apa yang kita rasa kita nak percaya.

Berupaya untuk berinteraksi dengan baik adalah penting dan kadang-kadang kita hanya perlu bercakap dengan jujur dan melaksanakan apa-apa jua dalam kehidupan dengan jujur tidaklah salah,kelebihannya kita berupaya berfikir dan berkata dengan tenang.

Tidak berguna kalau kita hanya berupaya berkata-kata dengan jujur tetapi tidak berupaya melaksanakannya dengan jujur.

Selamat cuba menjadi jujur..!!!

Friday, October 5, 2012

Berat lagi mata memandang berat lagi bahu memikul

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berat lagi mata memandang berat lagi bahu memikul.Itulah terasa dihujung sanubari.Betapa airmata yang jatuh didalam dan tersinggah keluar menampakkan perasaan shahdu kasih rindu pada Allah diketika susah dan senang..tak dapat digambarkan.

syukur pd rahmat Allah swt yg memberi sedikit kelonggaran melalui nikmat kesabaran dan terpaksa dikawal dengan zikir kepadanya.

Kejayaan mendapat balik tanah ybk dan melihat betapa ianya akan memberi benefit serta spill over effect kepada masyarakat serendah dan hulu selangor bila mulanya insyaallah nanti sebuah universiti akan dibina diatas tanah tersebut mengenangkan perancangan mula2 dulu untuk sukarelawan wanita serendah nak buat jual goreng pisang,nak jual air,nak buka kedai photostat,kedai runcit macam2 lagi kenangan itu datang kembali,seronoknya kalau rezeki dapat dinikmati bersama.

Insyaallah Allah maha mengetahui mengasihi dan maha memberi kalau kita syukur,sabarlah hati sabar lah tindakan sabarlah jiwa sikit saja lagi Usaha tanda kejayaan diiringi dengan doa muga Allah terus ihsan...Dan memberi kejayaan....

Amin ya Allah semuga dipermudahkan insyaallah untuk universiti uitm ini dibangunkan diatas tanah ybk serendah.