Monday, October 15, 2012

jujur

Kepercayaan adalah sesuatu perkataan yang perlu mempunyai erti yang jujur.Mengapa kita beri kepercayaan kerana kita merasakan yang diberikan kepercayaan mestilah berupaya untuk meraih kepercayaan tersebut.bila kepercayaan gugur maka ia menjadi tidak jujur.

Hilang kepercayaan dan untuk meraih kepercayaan semula adalah amat berat bagi yang memberikan kepercayaan.Semalam bertemu dengan seorang nyonya tionghua beliau berkata kepercayaan yang suci meraihkan kasih sayang yang abadi..sehinggakan beliau percaya roh suaminya masih berada menjenguk dan menjaganya..so romantis..is it true..banyaknya makrifat Allah yang kita tidak tahu..Akhirnya kita percaya apa yang kita rasa kita nak percaya.

Berupaya untuk berinteraksi dengan baik adalah penting dan kadang-kadang kita hanya perlu bercakap dengan jujur dan melaksanakan apa-apa jua dalam kehidupan dengan jujur tidaklah salah,kelebihannya kita berupaya berfikir dan berkata dengan tenang.

Tidak berguna kalau kita hanya berupaya berkata-kata dengan jujur tetapi tidak berupaya melaksanakannya dengan jujur.

Selamat cuba menjadi jujur..!!!

No comments: