Friday, October 5, 2012

Berat lagi mata memandang berat lagi bahu memikul

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berat lagi mata memandang berat lagi bahu memikul.Itulah terasa dihujung sanubari.Betapa airmata yang jatuh didalam dan tersinggah keluar menampakkan perasaan shahdu kasih rindu pada Allah diketika susah dan senang..tak dapat digambarkan.

syukur pd rahmat Allah swt yg memberi sedikit kelonggaran melalui nikmat kesabaran dan terpaksa dikawal dengan zikir kepadanya.

Kejayaan mendapat balik tanah ybk dan melihat betapa ianya akan memberi benefit serta spill over effect kepada masyarakat serendah dan hulu selangor bila mulanya insyaallah nanti sebuah universiti akan dibina diatas tanah tersebut mengenangkan perancangan mula2 dulu untuk sukarelawan wanita serendah nak buat jual goreng pisang,nak jual air,nak buka kedai photostat,kedai runcit macam2 lagi kenangan itu datang kembali,seronoknya kalau rezeki dapat dinikmati bersama.

Insyaallah Allah maha mengetahui mengasihi dan maha memberi kalau kita syukur,sabarlah hati sabar lah tindakan sabarlah jiwa sikit saja lagi Usaha tanda kejayaan diiringi dengan doa muga Allah terus ihsan...Dan memberi kejayaan....

Amin ya Allah semuga dipermudahkan insyaallah untuk universiti uitm ini dibangunkan diatas tanah ybk serendah.

No comments: