Sunday, September 23, 2012

perjuangan belum selesai

assalamualaikum..dan salam sejahtera,

Maaf kerana lama dah rasanya tak menulis diblog ini bukan hangat-hangat tahi ayam..tapi berebut ipad,computer dengan anak-anak  dan masanya terhad  dan oleh kerana tugasan dan dugaan kerja yang sedia ada sedang diuruskan namun ok alhamdullillah boleh bernafas tetapi masih belum lega insyaallah soon..may Allah gives us  mercy and make it easier for us insyaallah..have faith..amin kerana Allah sentiasa mengasihi kita..

Melihat penyatuan umat Islam terhadap kebiadapan orang-orang kafir terhadap Rasullullah saw.Maka didalam  hati berkata ye masih banyak umat Rasullullah yang dijanjikan Rasullullah masuk ke syurga dahulu, masih sayang cinta dan sedar bahawasanya kita sama-sama mestilah bersatu menyekat kebiadapan ini daripada berleluasa serta menyatakan pendirian kita iaitu jangan sekali-kali Nabi kita yang sentiasa kita cintai dan dirindui  itu  diperlekehkan,dimalukan dan tidak dihormati kerana baginda lah kita masih disini dan mempunyai iman yang kukuh amin insyaallah.

Untuk sentiasa mendapat semangat untuk bekerja bukan mudah,tetapi bila memikirkan tanggungjawab dan amanah takut disoal diakhirat nanti maka semangat perlu selalu dimotivasikan.Membawa kereta pergi ke destinasi yang bersendirian oleh kerana kasih sayang dan cinta adalah motivasi yang kuat untuk meneruskan perjuangan didalam menghabiskan masa depan yang berlalu dengan pantas.

Harini kita berjuang memikirkan apa akan dilaksanakan dan juga matlamat perlu dicapai amatlah memerlukan clear mind untuk memastikan ianya berjalan seperti perancangan namun memohon doa agar perancangan tersebut seperti kehendak kita adalah hak Allah semata-mata.

Setiap hari kita akan ada idea yang baru tetapi untuk merealisasikan idea-idea tersebut perlulah ada perancangan serta yang penting ongkosnya atau pulusnya atau duitnya  mestilah pula  mencukupi untuk menggerakkan idea yang baik supaya mencapai matlamat yang diinginkan.

Kita rasa amat teruja melihat Bill Gates beliau mempuntukkan berbillion dollar untuk buat kebajikkan yang setanding dengannya yang berugama islam adalah HRH Prince Walid daripada Arab Saudi dan yang lain nya yang bukan beragama Islam adalah Warren Buffert,Carlos Slim dan lain-lain.Kita selalu berkata-kata  bagaimana mereka boleh mencapai tahap yang tertinggi dan berupaya  banyak memberi daripada banyak menerima.

Tekad dan jitu terhadap apa juga tugasan yang diberikan adalah suatu pencapaian energy yang super dan perlu ada satu ketetapan pendirian atau  istikomah untuk sentiasa berada dilandasan yang betul dan seterusnya berusaha serta sentiasa berupaya menghadapi apa juga  situasi dan keadaan dengan kekuatan iman serta meneruskan pencapaian kejayaan diiringi keredaan ALLAH.

SELAMAT BERJUANG !!!




Friday, September 14, 2012

Rasullulah saw

Menulis dalam bahasa inggeris agak lembab sedikit mungkin kerana dah tak banyak menulis dan komunikasi dalam bahasa inggeris  maka grammar vocabulory pun jadi tunggang langgang sorry beb ...tapi kalau baca faham ok lah ya..

Anyway,harini saya nak menyentuh sedikit berkenaan video you tube yang menghina Rasullullah saw yang amat kita rindui dan cintai..mengapakah tidak habis-habis cercaan yang dibuat kepada baginda..apa salah baginda.Akibatnya, huru-hara berlaku berlaku dimana-mana kerana taakan umat Islam hendak biarkan nabi kita dicerca sebegitu..

Ketika Abdullulah dan Aminah dipertemukan keajaiban berlaku,rasullullah dilahirkan dengan keadaan bersujud..cahaya berkilau seluruh alam..pengorbanannya menyeru seluruh umat untuk menjadi manusia addin dan meninggalkan semua hal jahilliah..adalah untuk memertabatkan maruah serta jatidiri manusia sejagat.Anak-anak yatim dan miskin terbela,hamba-hamba diberi kemudahan dan kebebasan,wanita diiktiraf dan dibela dengan penuh kasih sayang.

Sedih rasanya bila Rasullullah yang telah wafat 1500 lebih.masih dicerca,dikata nista dan tidak dihormati..Wajah baginda kalau kita baca buku mengenai dirinya ialah matanya hitam,rambutnya ikal,tidak tinggi dan tidak rendah,kulitnya kemerah-merahan..menyebut namanya dan mengingatinya pasti airmata mengalir kerinduan..kenapa manusia-manusia durjana ini masih lagi membencinya, apakah salahnya..salahkah ia mengislamkan kita,salahkah ia..menghadiahkan Al quran yang diwahyu kan melaluinya kepada umat islam,bayangkan kalau Al quran tidak ada sudah tentu hidup kita tidak mempunyai pedoman dan sudah tentulah zaman jahilliah dan penindasan berleluasa.

Rasullullah ada contoh teladan yan baik,menghayati cara hidupnya dan bagaiman beliau berkorban untuk memastikan kita ini menjadi islam dan dapat beribadah dan mempunyai pedoman hidup..malah beliau mengajar kita bagaimana kehidupan berkasih sayang diantara suami dan isteri,anak dan ibubapa,datuk dan cucu..berlemah lembut..dan sentiasa bertoleransi dan bersederhana.

Janganlah kita biarkan orang lain mencercanya..hayatilah perjuangannya dan lindungilah ia..setiap kali kita ke madinah melawatnya berdoa ditempat mustajab dekat dengan rumahnya iaitu raudah..janjinya untuk sentiasa mengasihi kita..disaat-saat akhir dibibirnya ketika sedang dalam keadaan nazak masih menyebut umati umati umati..cintanya kepada kita dan kitalah umat yang akan masuk syurga dulu dari umat-umat yang lain..apakah kita masih lalai..pertahankanlah Rasullullah dengan cara kita iaitu bukanlah dengan kemusnahan yang akan menyusahkan manusia yang lain..tetapi secara peradaban masakini yang sesuai dengan kita......Allahummasolliaalaa  saidina muhammad waallaa  aalihi saidina muhammad...

Wednesday, September 12, 2012

deal with the devil you know then the deep blue sea..

Yesterday I had few intelligent words derived from a discussion between me and our solicitor.what came out is my dear she says..its best to deal with the devil we know then the deep blue sea..wow that is an utterly big statement...make my head spinning and thinking..what is next..???

I use to have been able to make a decision on my own without having thinking whether it is right or it is wrong..having a good judgement and good instinct is some kind of gift  from Allah..now not that it is none already but we have to be able to think patiently and  be a little wiser when ever we need to make a decision due to our responsible is greater then before.What was before is for our own life and those that is surround us..but now having a multiple task to do  and those that look up to you is more then before and  they always need your good judgement and your focus  is becoming more in a wider scope ,makes you want ..to be closer to Allah so that the guide and hidayah is on your side always.

The devil we know is all around us and we know quite how to deal with them..having not to know what next because is that deep blue sea thing..how unless you are a super duper diver or you may swim like a mermaid..you can dive any time when there is a big waves..you may find darkness under the sea or you may find you are caught in the friendly fish area or you may be caught in the shark habitat area...that might tear you into pieces..

Soon you will realize  patience is the virtue of life  never you try to jump to the sea if you do not know how to swim..never you misjudge unless you have made your research never you hurt someone if you do not want to be hurt...try to listen carefully and make a wise judgement...then you might escape a big mistake..

well now how to deal with the  people who already have bad perception about you without you knowing it..and how to be nice to people that you know that they are not nice to you ...ohhh you need to be valentino or leonardo da vinci or you need to be james bond or you need to be who tun dr mahathir or you have play as cleopatra..Well  we will see when times comes what character you want to be...wish me luck..

Tuesday, September 11, 2012

Senyum...

Harini perasaan tak menentu sikit kerana kesebakkan hati...tak taulah mungkin umur makin meningkat hormon berbeza jadi sensitif sikit..selalu terasa kecil hati atau emotional kalau benda-benda yg menyentuh disudut jiwa,airmata menitis tapi disembunyikan...

Harini perjalanan bermula episode atau fasa terbaru tanggungjawab.Harapan yang tinggi dari semua pihak tidak mahu menghampakan semua yang memberi harapan dan sokongan maka kesatuan yang penting dalam meneruskan perjuangan.

Memanjat water tank yang tinggi agak gayat..tetapi dulu tak macam tu..mengapa sekarang ada perasaan gayat..maknanya balancing badan dah tak stable..aah malaslah cakap pasal berat badan ni..asalkan senyuman masih menawan oklah eheheheh..perasan betul..salah ke..hmmmph biar la perasan dari sakitkan hati orang...

Fasa baru ini perlu disiapkan dalam jangkamasa setahun..masa berjalan begitu pantas kejap sahaja waktu berlalu melalui pengalaman yang tidak akan diperolehi mana-mana.Mengambil iktibar dan cuba melaksanakan tugas dengan penuh amanah.Bukan mudah nak menjaga hati..setiap manusia mempunyai level-level tertentu dan diperlu difahami dan diperhalusi dengan bijaksana.

Harapan akan tercapai dengan kerjasama dan kerjasama akan ada jika memahami dan kejayaan akan dicapai tanpa diuji dahulu..marilah kita menuju kejayaan dan jihad dan sabar menghadapi muga Allah sentiasa melindungi dengan kasih sayangnya..amin

Monday, September 10, 2012

Redha...

Menjadi pemimpim bukan lah mudah..mendahuluikan orang lain daripada diri kita.Sedih bila kita fikirkan banyak pengorbanan yang terpaksa dilaksanakan bagi memperlihatkan hasil kejayaan.Membina jati diri dalam setiap individu bukan lah mudah manusia biasanya mudah lupa.Perlukan perhatian dan peringatan.Berusaha tanda kejayaan akan dapat pada individu-individu yang terpilih.Selebihnya lebih complacent tidak mahu berusaha tetapi rela menunggu dan suka hidup ditakuk lama.Tahap kemampuan seseorang itupun tertakluk kepada pemikiran dan hasil usaha mereka..perubahan hanyalah pada manusia yang ingin berjaya samada cara baik atau cara yang salah tertakluk kepada niat hati masing-masing.

Berjaya menjadi pemimpin adalah anugerah bukannya datang dengan sendiri,menjadi pemimpin yang dikasihi pun adalah suatu anugerah.Lihat harini betapa Dato seri mohd najid pm kita dikasihi rakyat..kenapa ia adalah kerana beliau mempunyai kebolehan berusaha,berpengalaman dan mempunyai tahap kemampuan visi hidup dan kasihsayang daripada keluarga terutama ibu dan isterinya.Keikhlasan terpancar didalam setiap langkahnya dan kita pun mempunyai keinginan begitu..iaitu berupaya memjadi pemimpin dirumah,ditempat kerja dan dimana-mana sahaja kita berada tetapi adakah kita layak..itu bukan kerja kita..kita berusaha namun yang menentukan adalah Allah swt.

Setiap pekerjaan bergantung kepada niat kita setiap hari bangun tidur diberi semula nafas dan dapat menghirup udara yang segar adalah kenikmatan yang patut kita sebut subhanallah walhamdullillah wallaillahaillallah wallahuakbar setiap hari...selagi nafas diberi dan kita berusaha menikmati hidup ini dengan keinginan yang mendalam untuk menjadi terbaik dan tenang serta penuh keimanan adalah niat yang patut dipahat didalam jiwa ..dan berupaya memaafkan dan berupaya berkata maaf adalah suatu tindakan yang berjiwa besar dan merendah diri bahawasanya hidup ini adalah pinjaman bukan hak kita...




Friday, September 7, 2012

Kepala bingung..sikit

Jumaat yang sentiasa dinanti-nanti kenapa sebab last day of work..esuk time biasanya nak pergi pasar kalau rajin tapi biasa nyer tak la, yang pergi biasanya for me ialah maid yang setia Zuraidah..seronok sebenarnya pergi pasar ...ada sekali abg jual sayur tu cakap pada Zu, eh u punya boss tak pernah tawar-tawar ..tu lah tak sampai hati lah nak tawar sepuluh sen dua puluh sen..beratnya dia org nak cangkul tanah, bagi baja, tanam sayur lepas tu tuai dan nak packing lepas tu bawa ke pasar tani pagi- pagi sebelum subuh dah sampai.. kita tau beli dan masak.. so rasa tak sesuai lah la nak minta diskaun...

Ini apa cerita pasar pulak ni, namun interesting tau..pergi pasar terutama kalau memilih ikan, aruah mak kata tengok ingsang tu..dalam kepala merah tak..matanya bercahaya tak..eh eh eh..ikan tu dah mati la..tapi mak cakap macam tu buat jelah..umpama sebelum tidur basuh kaki..sampai sekarang i buat lagi nak tidur mesti basuh kaki pada hal haritu one of rakan fb cakap dulu- dulu org tak pakai selipar daa sebab tu basuh kaki so selut takdelah sampai naik ke tilam hehehhe camtu rupaanya..Tetapi kata-kata orang tua-tua amat mendalam ..maka kita jangan  lupa pandangan mereka yang berkias namun bernas...

Sebenarnya bercakap dengan blog ni kita boleh cakap apa kita nak one way street dan tiada siapa nak bangkang ke melawan ke or nak mengecoh dengan kita...so kita tulis je la...harini masa berlalu pantas tak sabar rasanya..nak habis kan tahun ni...why?? fasa kedua untuk pencapaian ybk akan diteruskan semangat kena selalu tinggi walau kadang- kadang kita down..anyway..kita sabar sabar ye..bukan boleh kita mencapai kejayaan dalam sekelip mata..itu angan-angan mat jenin sebenarnya..namun angan-angan dengan usaha dan kita boleh tahu sebenarnya kita boleh capaai tahap mana..yang penting bekerjasama..

Mempunyai team yg bersatu dan mempunyai pegawai yang baik adalah anugerah Allah...its not easy to find..but alhamdullillah i can say i am proud of my team,,,eh eh eh jangan perasan ye..kerja banyak lagi..jangan dok berfb je..ye..ok ok ok gurau je..korang boleh nak berfb tapi kerja jalan aaa...

Merepek lagi..move it move it..no time to waste...


Thursday, September 6, 2012

Bab jaga hati

Bila kita jaga hati melampau-lampau kita yang makan hati percaya tak. Kita jaga hati orang tapi orang tak angkat pot dengan hati kita betul ke ni, betul lah kita beria-ia menjaga hati tapi orang tak perasan pun, padan muka. Tu lah baik hati sangat, siapa suruh, hey cheq dalam dunia sekarang rasanya dah tak payah jaga hati sesiapa pun kalau kita rasa kita benar..buat jelah..yang penting apa-apa pun tanggungjawab sendiri..jangan ambil pot lagi...

Kita ni dah lah jenis yang bertanggungjawab cuba pulak kadang-kadang nak jadi hero atau heroin tapi depa dok buat tak tau..cakap terima kasih pun tak..dah bagi macam- macam tapi masih kata takkk..tak dapat apa-apa lagi haish bosan lah tengok manusia macam ni..mana nak pergi lagi planet marikh belum ada apa-apa lagi..so what to do harungi je lah hidup ni..buat the best..ingat Allah dan Allah ingat kita..

Bab ingat mengingat ni satu lagi..kalau kita bertanggungjawab kita akan sentiasa peka dan always keep inform..orang lain bukan boleh baca fikiran kita..so kalau kena bg report ke explain ke buat lah ni asyik nak kena remind penat lah mcm ni..lepas tu kita dah bagi cara macam mana  nak buat pun lepas tu kita juga kena follow up adusss..macam ni..not a perfect world..nak duduk hutan takut pulak..tapi sekali sekala masuk hutan bukit tasek serendah aman rasanya...tengok mat indon dengan apek voon tu buat kerja rasanya tak sanggup den..tapi itulah punca rezeki mereka halal rasanya..kekeke

Hello world life is short laa..tak payah lah membebel orang pun bosan ..tapi macam mana kalau tak membebel kerja tak jalan so what next..ish ish..nak pergi travelling laa..tapi dengan siapa dong...masih belum explore lagi eastern europe..tak kira nak pergi juga..esuk malaikat tanya hang dah pi belum kawasan tu..chek jawab..sibuk lah boss..dia jawab tu lah hang bodoh...awat hang dok sibuk kerja..tak enjoy life heheheh..i will i will with the perfect timing...ok ok ok..

Sorry la geng..membebel je..entah apa2 huhuhuhu ok..life goes on sayang asta la vista..babe

Wednesday, September 5, 2012

Anak

Mempunyai banyak anak adalah satu impian tetapi kadang-kadang ianya menjadi igauan hahaha bukan apa-apa.. Mengandung 9 bulan adalah suatu nikmat yang ALLAH beri kepada jantina yang bernama wanita. Setiap proses mengandung adalah suatu perjalanan yang indah.. Bercakap, berhubung dan berinteraksi kepada janin adalah suatu anugerah ALLAH.. Percayalah setiap kali mengandung nikmat yang ALLAH beri berbeza-beza. Percaya tak setiap kandungan akan mencermin watak dan sikap dari mana DNA yang datang beribu-ribu jutaan tahun dan its interesting to know setiap anak mewakili generasi yang mana.

Setiap kali membuat lawatan ke luar negara terasa bila melihat adakah dna kita datang dari negeri-negeri tersebut kerana melihat kan wajah, warna,sikap dan lain-lain. Nikmat ALLAH yang namanya mengandung ini adalah suatu yang magik.. Menikmati kebebasan, menikmati makanan, berpakaian, kasih sayang dan rezeki anugerah ALLAH datang berbeza-beza dengan kehadiran kandungan itu.

Rindu untuk mengandung tetapi dah tak boleh macam mana rezeki ALLAH BERI hanya yang ada ini dan membesarkan mereka memerlukan pengorbanan yang berpanjangan dan kesabaran tahap malaikat apa ye yang paling sabar atau nabi yang mana satu.. Entah...

Tetapi percaya setiap anak mempunyai aura dan karisma masing-masing dan setiap kali merindui mereka mendoakan mereka.. ALLAH amat mengasihi dan mencintai..

Melihat mereka membesar dan belajar dalam kehidupan dan melalui nya, adakah mereka sabar?? InsyaAllah yang penting doakan.. Mereka ibarat batu berlian yang akan terus bercahaya asalkan kita terus doa dan doa insyaAllah... Kasihi mereka maka mereka akan kasihi kita insyaAllah....

Tuesday, September 4, 2012

TERUS HIDUP

Perkara yang selalu menjadikan kita kuat adalah kesedaran terhadap tanggungjawab kerja kita.menjadi amanah terhadap setiap tindakan bukan mudah..Bagaimana nak mencapai tahap khalifah saidina omar ra adalah sesuatu yang memerlukan usaha yang tidak berbelah bahagi.

Harini kita melaksanakan tugas kerana apa..Ianya semestinya untuk memperlihatkan peningkatan dalam kehidupan iaitu membebaskan diri daripada hutang,melaksanakan tanggungjawab supaya anak,isteri,suami dapat hidup dimuka bumi ini dengan selesa dan tenang.Adakah ianya boleh dicapai dengan sekelip mata,enggak bisa deh..ianya harus disertai oleh usaha,kreatif,jujur,amanah dan doa..Barulah ianya dapat disertai dengan kejayaan yang paling kita banggakan..tetapi didalam perjalanan kesuksesan itu banyak liku-liku  yang perlu dihadapi..samada masih boleh menghadapi nya tertakluk kepada semangat yang kuat ya orang putih kata endurance..Umpama menunggang kuda yang lazak ditepi pantai melandai pantai yang lembut dengan ombak yang memukul kaki bayangkan berselut tetapi digagahi.

Hidup ini bukan mudah tetapi ianya adalah satu pengalaman yang indah hingga satu hari ia berhenti dan hanya orang lain iaitu anak2 kita suami atau isteri atau keluarga yang boleh memandikan dan menkapankan kita sampai ke tempat terakhir dan episode seterusnya apakah tinggalan kita itu cukup imannya dan bekalan mereka untuk meneruskan kehidupan dapat diteruskan dan adakah mereka bersemangat seperti kita.......

Monday, September 3, 2012

Olive Oil

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

EAGLE EXTRA VIRGIN OLIVE OIL

BYRSA

 BERBER

Produk ini dari Tunisia, dijamin Halal dan telah mendapat sijil halal JAKIM.

PROSES PEMBOTOLAN



PEGAWAI JAKIM YANG MENGAUDIT LADANG DI TUNISIA UNTUK MENDAPAT SIJIL HALAL JAKIM



Baik untuk kesihatan, awet muda serta buah dan pohonnya diberkati oleh ALLAH S.W.T.
SELAMAT MENCUBA


Ladang Eagle di Tunisia







Sila lihat page http://www.facebook.com/byrsaolive untuk maklumat lanjut.

Rasa hati harini

Melangkah ke masa hadapan yang lebih menentu adalah harapan setiap insan namun ianya bukan mudah.. Lihat apa yang telah berlaku dan masih kah kita ingat setiap langkah yang dijalankan. Masa berlalu setiap saat udara dipinjamkan oleh ALLAH mestilah bernilai dengan setiap langkah, jangan dipersiakan pinjaman daripada ALLAH itu berbuat baik suci hati bergerak pantas jangan pandang belakang pergilah  lagi terus maju ke depan seperti sepantas cahaya yang membawa Rasullullah ke sidratul muntaha boleh kah kita mengikuti nya pasti tapi mestilah ikhlas terhadap diri sendiri dan baru lah boleh ikhlas kepada orang lain dan ikhlas pada ALLAH yang sentiasa memberi peluang kepada kita jangan dipersia-siakan nyawa yang dipinjamkan jaga dan  hormati waktu, masa itu emas setiap hari nyawa dihujung tanduk adakah kita manusia yang lalai...