Wednesday, September 5, 2012

Anak

Mempunyai banyak anak adalah satu impian tetapi kadang-kadang ianya menjadi igauan hahaha bukan apa-apa.. Mengandung 9 bulan adalah suatu nikmat yang ALLAH beri kepada jantina yang bernama wanita. Setiap proses mengandung adalah suatu perjalanan yang indah.. Bercakap, berhubung dan berinteraksi kepada janin adalah suatu anugerah ALLAH.. Percayalah setiap kali mengandung nikmat yang ALLAH beri berbeza-beza. Percaya tak setiap kandungan akan mencermin watak dan sikap dari mana DNA yang datang beribu-ribu jutaan tahun dan its interesting to know setiap anak mewakili generasi yang mana.

Setiap kali membuat lawatan ke luar negara terasa bila melihat adakah dna kita datang dari negeri-negeri tersebut kerana melihat kan wajah, warna,sikap dan lain-lain. Nikmat ALLAH yang namanya mengandung ini adalah suatu yang magik.. Menikmati kebebasan, menikmati makanan, berpakaian, kasih sayang dan rezeki anugerah ALLAH datang berbeza-beza dengan kehadiran kandungan itu.

Rindu untuk mengandung tetapi dah tak boleh macam mana rezeki ALLAH BERI hanya yang ada ini dan membesarkan mereka memerlukan pengorbanan yang berpanjangan dan kesabaran tahap malaikat apa ye yang paling sabar atau nabi yang mana satu.. Entah...

Tetapi percaya setiap anak mempunyai aura dan karisma masing-masing dan setiap kali merindui mereka mendoakan mereka.. ALLAH amat mengasihi dan mencintai..

Melihat mereka membesar dan belajar dalam kehidupan dan melalui nya, adakah mereka sabar?? InsyaAllah yang penting doakan.. Mereka ibarat batu berlian yang akan terus bercahaya asalkan kita terus doa dan doa insyaAllah... Kasihi mereka maka mereka akan kasihi kita insyaAllah....

No comments: