Friday, September 14, 2012

Rasullulah saw

Menulis dalam bahasa inggeris agak lembab sedikit mungkin kerana dah tak banyak menulis dan komunikasi dalam bahasa inggeris  maka grammar vocabulory pun jadi tunggang langgang sorry beb ...tapi kalau baca faham ok lah ya..

Anyway,harini saya nak menyentuh sedikit berkenaan video you tube yang menghina Rasullullah saw yang amat kita rindui dan cintai..mengapakah tidak habis-habis cercaan yang dibuat kepada baginda..apa salah baginda.Akibatnya, huru-hara berlaku berlaku dimana-mana kerana taakan umat Islam hendak biarkan nabi kita dicerca sebegitu..

Ketika Abdullulah dan Aminah dipertemukan keajaiban berlaku,rasullullah dilahirkan dengan keadaan bersujud..cahaya berkilau seluruh alam..pengorbanannya menyeru seluruh umat untuk menjadi manusia addin dan meninggalkan semua hal jahilliah..adalah untuk memertabatkan maruah serta jatidiri manusia sejagat.Anak-anak yatim dan miskin terbela,hamba-hamba diberi kemudahan dan kebebasan,wanita diiktiraf dan dibela dengan penuh kasih sayang.

Sedih rasanya bila Rasullullah yang telah wafat 1500 lebih.masih dicerca,dikata nista dan tidak dihormati..Wajah baginda kalau kita baca buku mengenai dirinya ialah matanya hitam,rambutnya ikal,tidak tinggi dan tidak rendah,kulitnya kemerah-merahan..menyebut namanya dan mengingatinya pasti airmata mengalir kerinduan..kenapa manusia-manusia durjana ini masih lagi membencinya, apakah salahnya..salahkah ia mengislamkan kita,salahkah ia..menghadiahkan Al quran yang diwahyu kan melaluinya kepada umat islam,bayangkan kalau Al quran tidak ada sudah tentu hidup kita tidak mempunyai pedoman dan sudah tentulah zaman jahilliah dan penindasan berleluasa.

Rasullullah ada contoh teladan yan baik,menghayati cara hidupnya dan bagaiman beliau berkorban untuk memastikan kita ini menjadi islam dan dapat beribadah dan mempunyai pedoman hidup..malah beliau mengajar kita bagaimana kehidupan berkasih sayang diantara suami dan isteri,anak dan ibubapa,datuk dan cucu..berlemah lembut..dan sentiasa bertoleransi dan bersederhana.

Janganlah kita biarkan orang lain mencercanya..hayatilah perjuangannya dan lindungilah ia..setiap kali kita ke madinah melawatnya berdoa ditempat mustajab dekat dengan rumahnya iaitu raudah..janjinya untuk sentiasa mengasihi kita..disaat-saat akhir dibibirnya ketika sedang dalam keadaan nazak masih menyebut umati umati umati..cintanya kepada kita dan kitalah umat yang akan masuk syurga dulu dari umat-umat yang lain..apakah kita masih lalai..pertahankanlah Rasullullah dengan cara kita iaitu bukanlah dengan kemusnahan yang akan menyusahkan manusia yang lain..tetapi secara peradaban masakini yang sesuai dengan kita......Allahummasolliaalaa  saidina muhammad waallaa  aalihi saidina muhammad...

No comments: