Sunday, September 23, 2012

perjuangan belum selesai

assalamualaikum..dan salam sejahtera,

Maaf kerana lama dah rasanya tak menulis diblog ini bukan hangat-hangat tahi ayam..tapi berebut ipad,computer dengan anak-anak  dan masanya terhad  dan oleh kerana tugasan dan dugaan kerja yang sedia ada sedang diuruskan namun ok alhamdullillah boleh bernafas tetapi masih belum lega insyaallah soon..may Allah gives us  mercy and make it easier for us insyaallah..have faith..amin kerana Allah sentiasa mengasihi kita..

Melihat penyatuan umat Islam terhadap kebiadapan orang-orang kafir terhadap Rasullullah saw.Maka didalam  hati berkata ye masih banyak umat Rasullullah yang dijanjikan Rasullullah masuk ke syurga dahulu, masih sayang cinta dan sedar bahawasanya kita sama-sama mestilah bersatu menyekat kebiadapan ini daripada berleluasa serta menyatakan pendirian kita iaitu jangan sekali-kali Nabi kita yang sentiasa kita cintai dan dirindui  itu  diperlekehkan,dimalukan dan tidak dihormati kerana baginda lah kita masih disini dan mempunyai iman yang kukuh amin insyaallah.

Untuk sentiasa mendapat semangat untuk bekerja bukan mudah,tetapi bila memikirkan tanggungjawab dan amanah takut disoal diakhirat nanti maka semangat perlu selalu dimotivasikan.Membawa kereta pergi ke destinasi yang bersendirian oleh kerana kasih sayang dan cinta adalah motivasi yang kuat untuk meneruskan perjuangan didalam menghabiskan masa depan yang berlalu dengan pantas.

Harini kita berjuang memikirkan apa akan dilaksanakan dan juga matlamat perlu dicapai amatlah memerlukan clear mind untuk memastikan ianya berjalan seperti perancangan namun memohon doa agar perancangan tersebut seperti kehendak kita adalah hak Allah semata-mata.

Setiap hari kita akan ada idea yang baru tetapi untuk merealisasikan idea-idea tersebut perlulah ada perancangan serta yang penting ongkosnya atau pulusnya atau duitnya  mestilah pula  mencukupi untuk menggerakkan idea yang baik supaya mencapai matlamat yang diinginkan.

Kita rasa amat teruja melihat Bill Gates beliau mempuntukkan berbillion dollar untuk buat kebajikkan yang setanding dengannya yang berugama islam adalah HRH Prince Walid daripada Arab Saudi dan yang lain nya yang bukan beragama Islam adalah Warren Buffert,Carlos Slim dan lain-lain.Kita selalu berkata-kata  bagaimana mereka boleh mencapai tahap yang tertinggi dan berupaya  banyak memberi daripada banyak menerima.

Tekad dan jitu terhadap apa juga tugasan yang diberikan adalah suatu pencapaian energy yang super dan perlu ada satu ketetapan pendirian atau  istikomah untuk sentiasa berada dilandasan yang betul dan seterusnya berusaha serta sentiasa berupaya menghadapi apa juga  situasi dan keadaan dengan kekuatan iman serta meneruskan pencapaian kejayaan diiringi keredaan ALLAH.

SELAMAT BERJUANG !!!




No comments: