Tuesday, September 4, 2012

TERUS HIDUP

Perkara yang selalu menjadikan kita kuat adalah kesedaran terhadap tanggungjawab kerja kita.menjadi amanah terhadap setiap tindakan bukan mudah..Bagaimana nak mencapai tahap khalifah saidina omar ra adalah sesuatu yang memerlukan usaha yang tidak berbelah bahagi.

Harini kita melaksanakan tugas kerana apa..Ianya semestinya untuk memperlihatkan peningkatan dalam kehidupan iaitu membebaskan diri daripada hutang,melaksanakan tanggungjawab supaya anak,isteri,suami dapat hidup dimuka bumi ini dengan selesa dan tenang.Adakah ianya boleh dicapai dengan sekelip mata,enggak bisa deh..ianya harus disertai oleh usaha,kreatif,jujur,amanah dan doa..Barulah ianya dapat disertai dengan kejayaan yang paling kita banggakan..tetapi didalam perjalanan kesuksesan itu banyak liku-liku  yang perlu dihadapi..samada masih boleh menghadapi nya tertakluk kepada semangat yang kuat ya orang putih kata endurance..Umpama menunggang kuda yang lazak ditepi pantai melandai pantai yang lembut dengan ombak yang memukul kaki bayangkan berselut tetapi digagahi.

Hidup ini bukan mudah tetapi ianya adalah satu pengalaman yang indah hingga satu hari ia berhenti dan hanya orang lain iaitu anak2 kita suami atau isteri atau keluarga yang boleh memandikan dan menkapankan kita sampai ke tempat terakhir dan episode seterusnya apakah tinggalan kita itu cukup imannya dan bekalan mereka untuk meneruskan kehidupan dapat diteruskan dan adakah mereka bersemangat seperti kita.......

No comments: