Monday, September 10, 2012

Redha...

Menjadi pemimpim bukan lah mudah..mendahuluikan orang lain daripada diri kita.Sedih bila kita fikirkan banyak pengorbanan yang terpaksa dilaksanakan bagi memperlihatkan hasil kejayaan.Membina jati diri dalam setiap individu bukan lah mudah manusia biasanya mudah lupa.Perlukan perhatian dan peringatan.Berusaha tanda kejayaan akan dapat pada individu-individu yang terpilih.Selebihnya lebih complacent tidak mahu berusaha tetapi rela menunggu dan suka hidup ditakuk lama.Tahap kemampuan seseorang itupun tertakluk kepada pemikiran dan hasil usaha mereka..perubahan hanyalah pada manusia yang ingin berjaya samada cara baik atau cara yang salah tertakluk kepada niat hati masing-masing.

Berjaya menjadi pemimpin adalah anugerah bukannya datang dengan sendiri,menjadi pemimpin yang dikasihi pun adalah suatu anugerah.Lihat harini betapa Dato seri mohd najid pm kita dikasihi rakyat..kenapa ia adalah kerana beliau mempunyai kebolehan berusaha,berpengalaman dan mempunyai tahap kemampuan visi hidup dan kasihsayang daripada keluarga terutama ibu dan isterinya.Keikhlasan terpancar didalam setiap langkahnya dan kita pun mempunyai keinginan begitu..iaitu berupaya memjadi pemimpin dirumah,ditempat kerja dan dimana-mana sahaja kita berada tetapi adakah kita layak..itu bukan kerja kita..kita berusaha namun yang menentukan adalah Allah swt.

Setiap pekerjaan bergantung kepada niat kita setiap hari bangun tidur diberi semula nafas dan dapat menghirup udara yang segar adalah kenikmatan yang patut kita sebut subhanallah walhamdullillah wallaillahaillallah wallahuakbar setiap hari...selagi nafas diberi dan kita berusaha menikmati hidup ini dengan keinginan yang mendalam untuk menjadi terbaik dan tenang serta penuh keimanan adalah niat yang patut dipahat didalam jiwa ..dan berupaya memaafkan dan berupaya berkata maaf adalah suatu tindakan yang berjiwa besar dan merendah diri bahawasanya hidup ini adalah pinjaman bukan hak kita...




No comments: